I am

Every detail of my life is what made me who i am

My Love of my life

My Love of my life
07.07.2012

Our Wedding Path

Daisypath Anniversary tickers

Friday, 29 April 2011

"OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"

Wee.. Olla,

Hi, adui malam ni tak bape nak semangat la.. nape erk? ngantuk giler rsenyer.. tp bl tgk blog jer nampak ade org tinggalkan pesan "awak di tag" kat chatbox.. maceh myetech9.com sbb tag sye..So aku tilik2 blok cik odahone nie.. hadiahnyer menarik so, aku menjoinyer.. Handbag u olz.. Suke? mesti suke la klu da nme pempuan.. Mne ader pempuan tak suke hadiah.. K tengok bawah ni kalau nak join yer..





Syarat-Syarat Penyertaan GA :

1. Warganegara Malaysia yang mempunyai blog
2. Menjadi follower bagi blog Odah + One = OdahOne
3. Buat satu entry berkenaan GA ini yang bertajuk;
"OdahOne Giveaway | Bersamamu Hidup Ini Indah Semuanya"
*Sila letakkan banner di atas di dalam entry tersebut & linkkan ke entry ini
4. Tag 2 orang blogger untuk JOIN GA.. Itu kamu : <sweet stalker> & <cik nurul>
5. Sila tinggalkan URL entry yang anda buat pada kotak komen dengan format seperti  berikut ;
Nama : OdahOne
URL Entry : http://odahone.blogspot.com/2011/03/odahone-giveaway-bersamamu-hidup-ini.html

Tarikh Tutup :
30 April 2011


Mai la join reramai eh.. Klu aku menang mmang pelik giler sebab aku tak penah menang jabutan bertuah.. Mungkin tak berape bertuah.. Tapi takper aku bagi sokongan kat cik odah..


So, tu jer cayang..
Luv me ^_^

Thursday, 28 April 2011

JLO ft Pitbull - On the Floor







layan jer............


Tu jer cayang...
Luv me ^_^

Wednesday, 27 April 2011

Aktiviti mengarut.. Huhu



Wee.. Olla..

Salam malam semua.. Hehe.. Malam nie aku rase macam nak merapu jer.. Aku baru jer pas makan nasi lauk ayam merah & then aku makan koko crunch..

Aktiviti harian aku balik kerja mandi, makan, siap sumer.. On komputer kalau rase nak tengok tv sebab komputer kat hall.. Kalau tak landing atas katil dalam bilik, on laptop and date dengan buah hati aku si Choc_Strawberry and cek nuffnang tengok bape orang yang murah hati hari nie.. (bagi yang bermurah hati maceh yer)..hehe


Sambil blogwalking & baca entry rakan2 seperjuangan, kene gak texting encik ucuk.. Da makan? Makan aper? Banyak kerja tadi? cian dier.. Windu la 2 jam tak jumper.. Esok lunch samer eh? Rase nak makan mee kari la... hehe.. mesti cakap aku gedik.. Padahal korang pon samer gak.. Tapi dialog atas tu aku sajer nak wat korang termuntah baca.. hahaha..



But the truth is korang sumer mesti texting dengan buah hati korang manje2 & gedik2 kan? Jangan nak cakap tak la.. Habis takkan nak gedik2 dengan orang lain plak kan.. Hehe..


 Pas da texting nak call plak.. Adoi.. Terpakse pause layan blog.. Takkan nak cakap blog lagi penting dari dier kan? Nanti majuk plak.. Saper yang susah? Aku dan aku jugak yang susah.. Nak pujuk kene buat muke cute plak. Nasib baik da memang cute.. Walaupon ader orang cakap muker aku cam mengkudu.. Hmm.. Boleh? Lab mate aku yang sengal punyer keje la tu.. 

Encik cicak kubing kalau bace ni the war is still not settle yer.. See u in lab tomorrow..

Ok la tak bleh lame2 malam nie.. Cam aku cakap tadi.. Gayut jap..

So, tu jer cayang...
Luv me ^_^

Tuesday, 26 April 2011

Cholestrol?? Cian dier.....

Wee..Olla...


Morning semua.. Before i start my day i just want to share something informative with u all yang baca my entry..
Today i would like to share pasal buah-buahan. Aku memang suker makan buah.. Yang aku suke the most jambu batu, pisang, rambutan, manggis, mangga, anggur, epal.... byknyer.. baik aku cakap jer aku suker semua buah kan? hehe


Ok la for those yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi aku ader berita baik sebab sambil2 aku mengonline td aku jumpe satu article yang cerita pasal buah jambu batu bolah tolong kamu merandahkan paras kolesterol.. hehe.. Ok la kan? sape tak suker jambu batu... Meh aku paste article tu dlm entry nie so that kamu semua leh baca n dapat faedah bersama... Jom baca......




Khasiat Buah-Buahan Bantu Kurangkan Kolesterol


by Utusan Online - Aizawati Ahmad


TAHUKAH anda bahawa jambu batu merupakan buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia?
Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.
Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.


Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.
Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.
Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu."Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.

Selain jambu batu, buah betik juga boleh menurunkan paras kolesterol sebanyak 19.2 peratus sekiranya diambil secara rutin dalam jangka waktu empat minggu.Buah betik yang sudah dibuang biji dan kulitnya perlu diambil sebanyak 400 gram sehari.

Nanas turut tergolong dalam kumpulan buah yang mengandungi vitamin yang tinggi dan ia boleh diambil dalam jumlah yang sama iaitu 400 gram.Dr. Rokiah menjelaskan, asid yang ada dalam nanas membantu tubuh dan ia tidak memudaratkan mereka yang mengambilnya."Dalam nanas ada tambahan vitamin C dan nanas turut berfungsi sebagai antioksida."Malah nanas juga berupaya menurunkan paras kolesterol sebanyak 8.38 peratus dalam masa tiga minggu sahaja,'' katanya lagi.

Bagi penggemar pisang emas pula mungkin ini merupakan perkhabaran gembira untuk anda kerana buah tersebut juga berfungsi mengurangkan paras kolesterol dalam darah.


Pisang emas boleh diambil sebanyak empat hingga lima biji sehari dalam tempoh empat minggu.
Bagaimanapun, pisang emas masih tidak dapat menandingi jambu batu yang disifatkan sebagai buah yang paling bagus diikuti dengan nanas, tembikai, belimbing dan betik.

Orang ramai dinasihatkan supaya mengambil lima jenis hidangan buah-buahan sehari kerana ia membekalkan vitamin, mineral dan serat kepada tubuh.Dalam pada itu, Dr. Rokiah juga menolak dakwaan segelintir masyarakat yang menyifatkan sesetengah buah seperti nanas dan betik sebagai ``tajam serta mendatangkan angin dalam tubuh.''Menurut beliau, tidak terdapat bukti saintifik yang menunjukkan buah-buahan berkenaan memudaratkan kesihatan manusia."Ini hanya kepercayaan masyarakat. Tidak ada bukti saintifik yang membuktikan kenyataan mereka itu benar,'' terangnya.


Satu kajian UPM ke atas penduduk luar bandar pada tahun lalu menunjukkan buah-buahan tempatan seperti jambu batu, nanas dan betik berupaya membantu mengurangkan paras kolesterol dalam darah.
Dr. Rokiah berkata, walaupun orang kampung tidak terdedah kepada makanan ringan tetapi menerusi pemeriksaan kesihatan yang dilakukan, para penyelidik mendapati paras kolesterol dalam darah mereka tinggi.
UPM telah melakukan kaji selidik dengan memberi pesakit terbabit buah-buahan tempatan iaitu jambu batu, nanas, betik, tembikai dan belimbing mengikut sukatan yang ditetapkan.
Selepas tempoh tertentu, paras kolesterol dalam darah pesakit-pesakit terbabit diuji dan didapati telah berkurangan berbanding sebelumnya.


Dr. Rokiah kesal kerana orang ramai masih tidak mengambil buah-buahan dalam jumlah yang mencukupi."Masyarakat sekarang lebih gemar mengambil makanan tambahan dalam bentuk pil sedangkan ada segelintir daripada produk berkenaan diragui keberkesanannya,'' katanya

Dengar nasihat Dr Rokiah nie yer.. Hehe aku letak gamba banyak so that korang rase terliur nak makan buah,, hehe
Tapi aku rase nak makan buah nie la....


 Ni memang cedap dimakan begitu saja..lalala.. hehe

Selamat mencuba yer...Ok la aku nak g mandi dulu sbb kene g kje plak nie...

So tu jer la cayang...
Luv me ^_^







Monday, 25 April 2011

Hip..Hip Hooray!!!

Wee... Olla...

Hi all,, sudah tido kah? hehe.. orang sumer da nak tido aku baru nak mengupdate entry.. hehe.. Nak wat camne malam2 baru ader mood nak mengarang kot.. konon..hehe

Sebenarnyer dari tadi aku mengonline tapi reply visit, follow n blogwalking.. bse la kan blogger semua.. hehe
Mase aku nak masuk bilik tadi adikku cik yaya pon melontar kata2 berbunyi "mane entry baru nyer? dari td online ingat wat entry".. Hehe nampak sangat kamu peminat setiaku kan? haha.. Tanye tak ngaku.. kiki neway maceh sebab selalu baca blog akak mu ni ye dik.. 

Ok la, aku nak share aktiviti aku wat weekend ari tu jer sebab da terbabas blogwalking sampai luper nak update entry.. ngeh..ngeh.. Takper la yang penting follower da cecah 100 orang.. maceh sumer.. suker sangat..wee...
same padan tak? hehe
Weekend hari tu aku da bitaw nak pegi teman encik ucuk repair kete kan? Pas repair kete tu kami ke rumah kak mek celebrate besde anak2 die.. Yang aku tertarik kek diorang cumel sangat.. ader bentuk barbie.. ader bentuk bola (MU lagi) tapi aku tak sempat nak snap gambau sebab sebok dok main dengan anak amar yang cute miut tu.. Name die adam.. Aku dukung budak tu sumer orang tanye anak saper.. ingat anak aku kut sebab cute mcm aku..haha.. jangan muntah eh..

Then kami pergi tengok wayang, igt nak tengok source code tapi lewat sgt tiket so kami layan la senjakala.. boleh layan la.. Pastu cam bse la kalau da dapat gaji.. shopping........... i like.. Yang penting aksi kami di fitting room.. hehe..
Nie shopping sambil berposing.. haha
Sekarang nie aku ke die yang shopping.. huhu.. Aku sempat grab 2 helai jer suar.. Tu pon aku beli sebab...malu nak cakap.. suar aku sumer da takleh pakai.. huhu.. maksudnyer adakah aku sudah gemuk.. huhu.. tapi aku suker.. sebab pipi aku tembam cikit.. Tapi kene beli baju n suar baru.. rugi la aku camni.. waaa...


Encik ucuk ni pon bukan main lagi shopping.. habis sumer kedai die g try baju.. Da la beli banyak dari aku.. huhu.. Takpela asal gune duit sendiri eh..hehe

Ok la aku da ngantuk.. esok pon keje.. Wee.. maceh lagi sumer eh..

So, tu jer la cayang..
Luv me ^_^

Saturday, 23 April 2011

Akademi Fantasia??? erm.............

Wee.. Olla..


Huuuuuuuu.. Malam nie lewat sikit aku update blog sebab macam2.. Kepala aku pening smpai otak nak terburai rasenyer.. Mungkin sebab makan "Murtabak Mengkasar" kat Pekan, Pahang (ala.. tempat lahir PM kiter tu.. Najib) yang should be really famous and best kot sebab kat kedai die just jual murtabak jer and ramai orang.. But bagi pendapat aku yang sukerrrrrrrrr makan nie.. erm.rase die same jer dengan murtabak yang aku selalu beli kat pasar malam setiap minggu hari khamis tu.. Taktaw la kalau kat Pekan takde pasar malam.. ngeh..ngeh..


From google

Sebenarnyer aku geram giler sebab kedai tu takde jual makanan lain.. Dah la aku lapo giler.. Tapi sebab dak2 lain nak rase murtabak mengkasar tu terpakse la aku melantak murtabak jer tadi.. Kene la bertolak ansur biler bersame kawan2 kan? baiknyer aku.. Sila puji aku baik.. hahaha



Ok la, da ler merapu.. Actually malam nie aku nak jadi pengkritik AF plak.. Cewah.. Tadi aku tertengok AF setelah beberapa tahun aku meninggalkan dunia AF nie.. Aku cam tak puas hati la nape hazama tu masuk plak.. Isk.. Die da masuk yang dolu2 kut.. n all people well known that die bukanla femes benor.. So nape nak die masuk lagi.. Da bosan kot tengok dier.. Suare die aku suker gak tapi die takde daya penarik.. Contohnyer die takder style tersendiri.. Tengok orang pakai skinny jeans die ikut.. Rambut sikat ke tepi die pon sikat ke tepi.. Erm.. tu jer la aku nak luahkan isi hati aku pasal ni.. Ha.. baru sekali aku tengok nie.. Kalau berkali-kali cuba bayangkan kritikan yang aku boleh bagi.. hahaha...

Tapi ader satu lagi, nape la suare mereka tak sedap... huhu.. Tadi aku dengar Amir tu nyanyi macam suare budak umor 5 bulan tengah mumbling.. Tak taw menyanyi ker belajar bercakap.. Nasib baik da kua.. Tapi yang peliknyer camner boleh terpilih tu? Isk..Isk.. 




Aku kalau tengok AF nie pon sebab aku suker tengok Amy Search tu.. Pengetua... Phewittttttttttt........ I lap u la bro!!!!!


Ok la aku ngantuk n penat giler.. sok nak g teman encik ucuk g repair kete n then g umah kak mek wat celebrate besde anak2 dier.. n tengok wayang n shopping n the best of the best makannnnnnnnnnnnnn..........weeeeeeeeeee
But before that of coz la reply visit korang......... maceh.....


Tu jer cayang...
Luv me ^_^



Thursday, 21 April 2011

Chocolate ^_^

Wee..Olla..



Sape suke coklat angkat tangan.. hehe.. Taw da mesti macam semua orang suke coklat.. Aku pon suke tapi aku suke yang ade jelly kat dalam or kacang sikit2.. Contoh coklat yang aku suke Cadbury Black Forst, Cadbury Crunchie & Toblerone.

Cakap Pasal coklat ni teringat kisah dulu2.. Nakal sangat mase muda2 dulu.. Sebab aku bagi syarat kat encik ucuk setiap kali nak bawak aku g dating kene bawak coklat Cadbury Black Forest.. Boleh? hehe.. Tapi tu dulu2.. Sekarang takde la.. Sebab da tak mintak takdenyer la nak kasi.. : (


Ok la, daripada membebel ape yang mengarut baik kite share khasiat coklat ni.. So, boleh la kiter samer2 menikmati keenakan dan kelazatan coklat ni.. nyum..nyum.. Jom la kiter baca fakta di bawah ni sikit.. Jangan malas2 eh..

Ok la, senang citer coklat nie ader banyak giler antioksidant lebih dari blueberry kot.. Antioksidant ni adalah bahan yang boleh buang radikal bebas in your body which cause aging and disease.

Antioxidant-rich diets nie memang diakui boleh mengurangkan risiko heart attacks, stroke, cardiovascular disease, cancer, high blood pressure, cholesterol problems, arthritis, asthma, Alzheimer's dan banyak lagi la. So it stands to reason that if chocolate is chock full of antioxidants, it's actually good for you. Kan? Kan?

"Put "eat chocolate" at the top of your list of things to do today. 
That way, at least you'll get one thing done"

"A chocolate in the mouth is worth two on the plate"

 Bestnyer kalau dapat chocolate yang custom made just for me.. Bile nak dapat erk? Takkan nak mintak pulak.. Camner erk???

Okies mokies.. That all la cayang..
Luv me ^_^

Wednesday, 20 April 2011

Ikan Puyu Pekasam

Wee.. Olla..

Adoi semalam tak buka blog giler rindu.. Bz ckt sjk akhir2 ni sbb cik yaya xder.. huhu.. Tapi aku takder citer menarik pon.. Cume nak share aku makan Ikan puyu masak pekasam yang Encik ucuk kasi tadi..So, aku layan makan ng nasi panas letak kicap.. Pergh.... Best giler..



haha.. kau asyik update entry pasal makanan jer.. maklomla aku giler suke makan..
Ok la..aku takleh online lame hari ni tapi aku sempat la reply visitor yang shout out and follow aku.. maceh sumer..

Tu jer cayang..
Luv me ^_^

Luahan hati: Sorry for labmate aku yang baru, zahida sbb ckp ko sombong(bau masham) aritu.. Orang kate tak knl make tak cinta.. cumer 1 la aku nak pesan, "masuk kandang kambing kenela mengembek. masuk kandang harimau kite mengaum la plak".hehe

Sunday, 17 April 2011

White dress..

Wee.. Olla..

Pada 17 April 2011, jam 8.50 malam aku buka blog aku setelah seharian membzkan diri di ats tilam empukku.. hehe.. Boleh tak aku habiskan weekend membuta? huhu.. tp ak taktaw nak watper.. nak g shopping pon blom gaji.. nak g tgk movie tak bleh plak klu tak shopping... 

So, aku and encik ucukku telah pergi layan breakfast kat McD Kerteh.. Aku pergi kerteh just to breakfast? Jauh tu.. Kami sangat bersemangat kan? hehe Tapi yang aku geram tak amik gamba.. Eii..geramnyer.. Nape? Sbb encik ucuk tu tak nak amikkan.. geram sangat.. kalau bawak cik yaya mesti leh amik gamba banyak2.. penat jer aku pakai lawa2.. Pakai dress putih lagi.. Rugi btul.. Bukan selalu aku nak pakai dress.. Tapi... huhu.. sedey.. 


Sebenarnye mmg aku nye habit amik gamba kat tempat yang ak jarang pegi or kalau aku pakai baju yang jarang aku rajin nak pakai.. rugiiiiiiiiiii... xpela.. lain kali aku bawak cik yaya.. tinggal encik ucuk..wek!!!

Sbb takder gambar aku. aku letak gamba budak2 cute dari google ni.. Cute..Kire aku macam pasan cute ala2 budak ni la.. sila termuntah sekarang.. haha

Ok la tu jer aku nak mengarut hari nie.. sehingga berjumpa lagi.. hehe
Tu jer cayang..
Luv me ^_^



Saturday, 16 April 2011

Ben Ashaari Gegar Lagi

Wee..

Arini aku nak wat entry pasal Ben Ashaari ni.. Aku ni baru sesangat dalam dunia blog memblog nie.. so, bila aku bc blog orang nie jer ader entry psl ben ashaari.. org tu pon ader gak.. arang nun pon ader gak.. da la entry pon tajuk same. oleh kerana sifat kecurioriousan aku ni tinggi aku pon bk la blog mamat ni..
Perh patut la.. Setelah mentelaah blog dier.. memang sifu la die ni.. (giler naif aku). Tapi yang best die tak la luper diri and appreciate budak2 blogger baru ni.. I like.. so sila la check blog die yang da boom ni..
Click kat gambar dier ni yer..


Ok la.. tu jer..jangan luper jenguk-jenguk eh..
Tu jer cayang
Luv me ^_^

Thursday, 14 April 2011

Dinner@CRocOdiLe ROCk

Wee.. Olla..

Actually nothing to say just want to upload the picture when we having dinner at crocodile rock last weekend.. These pictures i just got from tuan nye camera.. Maklumla.. ak takde camera canggih.. hehe..

So, after a little touch and edited, here the pictures..

Makanan mengikut selera masing-masing
Ok, first pasal makanan ni aku giler tension.. Cuba la teka maner yang aku makan. Kalau mengikut selera aku ni aku akan pilih yang gamba atas sekali belah kiri. Name die aku tak ingat tapi aku rse its more or less macam prawn olio. Tp that nite aku rse nak try menu yang aku lom penah try.. Yang gamba bawah belah kanan. Nampak pon da taw tak best dan ianye bkan untuk mengenyangkan perut.. Wat the hell. Name die pon aku luper.. Its like kentang with mozarella cheese and other dressing aku tak igt la aper.. Rugi lagi.. Wuuu..

Muke kami menunjukkan emosi diri
Hehe.. That nite we were really having fun.. Best giler.. Seronok kawan ng budak yang tak mature. Dorang ni more open n happening.. Suke kamu sumer.. Yang takde dalam gamba jugak yer.. wee... Sbb aku mmg tak kagumi mereka yang show off and suke buat cam bagus or mature. Ader aku kesah bo?

Aku suke-suki
Lastly, my own picture la.. Gamba sendiri pasan cute mesti ader.. wajib apabila mempunyai blog sendiri. Haha.. Suke sangat mixed color yang aku pakai that nite.. membangkitkan mood ceria aku.. suke.. Next time aku nak cuba hana tajima nye style plak.. Lum penah pakai pashmina.. Nanti kiter usha kat town.. wee..
Tu jer cayang..
Luv me ^_^

Luahan hati: Tak bape masuk la ng dak baru kat sinu.. Cakap ader bau masham(berlagak).. Tapi mungkin thats just the way she is.. Kite observe dlu..


Wednesday, 13 April 2011

Watch & Learn!!

Olla.............

We just had our late dinner at pizza hut.. wee.. 

Piece maksudnyer perut ku tengah menyanyi riang.. Lalala
(tembam budak nie)

Cik yaya..
(aku pulak jadi photographer, Boleh?)
 Time ni aku tak besh sbb muke sangat lapo.. So bagi chance la kat cik yaya ni mengeposekan diri die..


Effect tersebut adalah teknik menutup cela di muka..hehe

Ini adalah gamba untuk menunjukkan sebelum dan selepas..
(sila tengok pinggan yer)
Gamba sebelum balik.. Perut suda tidak menyanyi lagi
(we are all happy)

Gamba kami makan di pizza hut.. Aku makan prawn olio.. wuu.. xrse pape.. rugi.. bolognaise memang aku da banned 3 tahun dulu la kat pizza hut..Lasgna pon tak sdp sgt..  Naseb baik la pizza sedap.. Dapatla aku meenjoykan perut ku.. cian die da nyanyi2.. Tapi we are all had a gud time there.. wee..
Thats all la cayang..
Luv me
^_^

Monday, 11 April 2011

Farewell <*_*> Weeee!!

Olla..

Da lame aku tak update blog nie.. Giler rindu.. aku da macam addicted to my blog.
Is it gud thing or bad.. Wuuu..

Ok ler.. aku malas nak menulis panjang2 coz klu ak tulis memang tak paham aku merapu aper..
Ak just nak share our celebration for Nafiza Aida, dak trainee kat lab kami yang da habis praktikal last friday.
Sedey.. So, for her farewell party kitorang telah memilih restorant Crocodile Rock at teluk cempedak..
Comment: Place-nice, Food-ok la, Price-normal. Jom tgk gambar..

Yang diraikan, Nafiza & her twin
Chicken chop
Not sure


  Makanan yang lain-lain tak sempat diambil..
Cik yaya
Me


Luv camera so much

Ader gaye tak?

Pose ng dinding.. Bleh?

Me With Nafiza

Gambar ini semua diambil dengan nokia c6 ku. So jangan terkezut la ng kualiti gambanyer.. Will upload yang DSLR nyer version later yer..

Wee.. Luv me ^_^


p/s: bukan xde tudung lain tp gambar yang aku post sblum ni just pose dlm blik.. Xpenah pakai lg actually.